Tuesday, April 16, 2019

Ingin Turunkan Berat Badan? Elakkan 7 Makanan ini Sewaktu Sarapan

MENURUT ahli pemakanan Leslie Langevin, menu sarapan sihat yang membantu menurunkan berat badan harus mengandungi protein, serat dan lemak sihat. Untuk itu anda disaran untuk mengelakkan:

1. Jus buah kerana tinggi kalori dan tiada serat (sebaiknya memilih smoothie)

2. Smoothie yang hanya mengandungi buah (sebaiknya tambahkan sayuran seperti bayan, brokoli dan lobak merah)

3. Avokado susu kerana susu pekat kaya gula.

4. Satu hidangan oatmeal dengan perasa tambahan (kerana gula tinggi)

5. Muffin kerana dibuat daripada tepung, banyak gula dan mentega.


6. Roti manis

7. Bijirin (sebaiknya tambah kekacang dan buah-buahan segar.

Saturday, April 13, 2019

Cara Untuk Menurunkan Suhu Badan Anak Jika Alami Demam Panas


Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luarbiasa sedang berlaku di dalam badan anda. Secara amnya, demam tidaklah begitu membahayakan melainkan apabila suhu badan mencecah 103 Farenheit (i.e. 39.4 darjah Celcius) atau lebih tinggi.


Walau bagaimanapun untuk anak kita yang masih kecil atau bayi, suhu badan yang sedikit tinggu mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan secara umum.

Apabila anak kita mengalami demam panas, kita sebagai ibu bapa harus mengetahui serba sedikit pengetahuan bagaimana kita dapat membantu untuk menurunkan suhu badan anak kita jika mengalami demam panas sebelum kita membawanya ke klinik atau hospital yang berdekatan. Ada video yang dikongsikan di bawah ini untuk panduan kita bersama.



Tindakan awal ibu bapa dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Sawan terutamanya dapat kita elakkan jika semua langkah awal telah di ambil. Jangan jadi seperti perumpamaan melayu, nasi sudah menjadi bubur. Namun begitu, semua tindakan susulan kita harus diiringi dengan doa agar lebih diberkati dan semoga urusan kita dipermudahkan. Semua ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka sihat dan gembira. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka sentiasa.

Turunkan Kolestrol Dengan Makanan Ini

LAPORAN dari Harvard Health telah mengenal pasti 9 makanan yang secara aktif dapat menurunkan tahap kolestrol:

1. Oat



2. Barli dan bijiran



3. Terung dan bendi



4. Kekacang



5. Minyak sayuran seperti kanola dan bunga matahari



6. Buah-buahan terutamanya epal, anggur, strawberi dan sitrus


7. Soya dan makanan berasaskan soya



8. Ikan berlemak terutamanya salmon, tuna dan sardin



9. Makanan yang kaya dengan serat

Friday, April 12, 2019

Bersenam Merembeskan 4 Jenis Hormon

KETIKA bersenam, akan terjadi peningkatan hormon endorfin. Ia berfungsi sebagai neurotransmitter (pembawa signal pada sistem saraf manusia), diproduksi oleh kelenjar pituitari dan memiliki struktur yang unik menyerupai morfin sehingga endorfin juga memiliki kemampuan untuk mengurangkan rasa sakit. Endorfin inilah yang menjadi kunci mengapa bersenam mencetus rasa bahagia sekaligus menurunkan kadar stress.



Selain meningkatkan endorfin, bersenam juga dapat meningkatkan hormon dopamin, serotonin dan triptofan. Dopamin sering kali disebut sebagai hormon kebahagiaan.  Manakala serotonin berfungsi untuk mengatur emosi, daya ingatan dan menurunkan kadar stress pada tubuh akibat keletihan.

Dopamin dan serotonin kemudian akan bekerjasama dalam mengatur mood seseorang dan menimbulkan perasaan senang serta menciptakan fikiran-fikiran positif dalam diri kita.

Wednesday, April 10, 2019

Pengambilan Sayur Hijau Untuk Otak Kekal Muda

KAJIAN terbaru diterbitkan dalam jurnal Neurology mendedahkan, pengambilan satu hingga dua hidangan sayuran hijau sehari mampu meningkatkan memori dan keupayaan kognitif secara keseluruhan.



Menurut Martha Claire Morris iaitu ahli epimiologi pemakanan dari Pusat Perubatan Universiti Rush, kajian ke atas responden yang mengambil paling banyak bayam, salad, kale atau collards selama 10 tahun telah menyebabkan otak mereka 11 tahun lebih muda.

Tuesday, April 9, 2019

'Baby Brain' Punca Wanita Hamil Jadi Pelupa

KAJIAN penyelidik Universiti Deakin Australia ke atas 1,200 wanita mendedahkan secara keseluruhan fungsi kognitif wanita hamil lebih buruk berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Juga disebut 'mumnesia' beberapa gejala yang dilaporkan antaranya sering lupa, kehilangan jejak percakapan, sukar membaca dan menunda pekerjaan.


Di beberapa negara, gangguan semacam ini disebut 'baby brain' dan sangat dirasai pada trimester 3 kehamilan. Laporan tersebut terdapat dalam Medical Journal of Australia yang diterbitkan pada bulan Januari 2018.

Monday, April 8, 2019

9 Kelebihan dan Kebaikan Bersenam

SENAMAN adalah satu aktiviti sihat yang dapat meningkatkan serta mengekalkan kesihatan anda sepanjang masa. Ia melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman memberi pelbagai kelebihan terhadap kesihatan badan kita. Adalah disarankan melakukan senaman setiap hari secara rutin dalam tempoh 30 minit untuk mendapatkan hasil yang optimum.


Ramai pakar perubatan dan kesihatan menyatakan bahawa senaman antara ubat yang bukan sahaja murah, malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi. Di bawah ini, disenaraikan secara ringkas 9 kelebihan bersenam yang mesti anda tahu:

1. Meningkatkan daya tahan dan kekuatan
2. Mencapai berat badan yang unggul
3. Meningkatkan kecergasan fizikal
4. Meningkatkan kelembutan sendi
5. Mengawal tekanan darah
6. Menggalakkkan berhenti dari merokok
7. Mengawal kesimbangan badan
8. Mencapai paras kolestrol yang normal
9. Mengurangkan paras tekanan (i.e. stress)

Semakin kita berusia, semakin banyak risiko penyakit yang menunggu. Oleh itu jadikanlah senaman sebagai rutin harian kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang masa. Banyak kajian yang menunjukkan bersenam boleh membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik walaupun kita telah mengidap penyakit tersebut.

Sunday, April 7, 2019

Cara Pemakanan Yang Sihat

MENURUT Ayurveda. Dr. C.D Siby, pakar perubatan Ayurveda dari Ayur Centre, ada pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan ketika menyediakan makanan antaranya:


1. Tidak memanaskan lebihan makanan yang sudah disejukkan. Apabila makanan dipanaskan, ia menyebabkan penghasilan bahan kimia daripada makanan dan ia semakin bertambah apabila dipanaskan beberapa kali. Sebaiknya pastikan makanan yang anda masak habis setiap hari. Mengambil makanan yang sedia dimasak menjadikan tubuh lebih sihat.

2. Elakkan membeli makanan kerana kandungan garam, minyak dan gula yang terlalu tinggi berbanding dimasak sendiri.

3. Berhenti makan sebelum kenyang. Bahagikan perut anda kepada empat bahagian. Isi dua bahagian denganmakanan pejal, satu bahagian cecair dan tinggalkan bahagian keempat. Perut hanyalah sebesar genggaman tangan anda sahaja.



4. Periksa asal-usul makanan yang anda makan. Misalnya tauhu dan pelbagai cendawan adalah makanan yang biasa di Malaysia. Namun bagi masyarakat luar mungkin ia susah dihadamkan.

5. Elakkan makan makanan berat pada waktu malam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Ini mengelakkan organ badan memproses makanan ketika anda sedang tidur.

6. Perlunya mempunyai emosi yang tenang dan gembira ketika menyediakan makanan kerana ia mempengaruhi diri anda. Selain itu jangan bercakap perkara negatif ketika makan.

7. Makan dalam keadaan bersih sebaiknya mandi terlebih dahulu. Jangan sekali-kali makan selepas melakukan senaman fizikal atau apabila anda tertekan, marah atau bosan.

8. Bersyukur dengan setiap hidangan yang diberikan. Tumpukan pada makanan di meja makan bukan di hadapan televisyen, radio atau berbual terlalu banyak.

9. Selepas makan bersihkan tangan dan mulut dengan baik serta berjalan selama lima minit.

Saturday, April 6, 2019

Jangka Hayat 23% Lebih Panjang

SEKIRANYA anda melakukan latihan kekuatan. Kenyataan berdasarkan kajian penyelidik Australia ke atas 80,000 individu dewasa. Bukan saja memanjangkan usia, latihan kekuatan yang dilakukan sekurang-kuranganya dua kali seminggu juga berupaya mengurangkan risiko serangan kanser sehingga 31 peratus.




Tidak semata-mata ke gim, latihan kekuatan klasik seperti triceps dips, sit ups, push ups atau lunges turut mempunyai manfaat serupa. Jadi rajin-rajinlah kita bersenam selalu dan jangan lupa masukkan sekali latihan kekuatan sekala-sekali dalam senaman rutin kita.

Tidur Hujung Minggu

KAJIAN terbaru penyelidik Universiti Stockholm ke atas 43,000 responden mendedahkan anda boleh meningkatkan jangka hayat dengan menambahkan waktu tidur. Namun bahagian yang paling menarik ialah membayar tidur yang 'terhutang' pada waktu cuti hujung minggu.



Jadi mulai hujung minggu ini, tutup jam loceng anda dan tebus semula hutang tidur anda tanpa rasa bersalah (kerana menjadi couch potatto!). Namun bagi orang Islam, jangan sampai terlepas solat fardhu terutamanya solat subuh. Bangun di awal waktu sebaiknya sebelum azan subuh. Setelah selesai solat subuh, jangan tidur! 

Jika anda terasa mengantuk, buatlah aktiviti-aktiviti lain seperti membaca Al Quran atau menelaah buku-buku yang berfaedah. Buat strecthing dan senaman ringan membantu meningkatkan lagi kesihatan dan kecergasan anda. 

Setelah itu, bolehlah anda berehat dan sambung tidur sebelum tengahari sementara menunggu waktu zohor.

Berjemur 15 Minit Setiap Hari Untuk Kesihatan

LAPORAN dari Sekolah Perubatan Harvard menyatakan 15 minit berjemur untuk mendapatkan sinaran matahari telah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin D sehari-hari, selain daripada sumber makanan.

Selain membantu mengatur kadar kalsium dan fosforus dalam tubuh, vitamin D juga berperanan dalam melancarkan prestasi otak, jantung, perut, pankreas, kulit, sistem reproduksi dan sistem imun.



Sekiranya anda mahu mendapatkan manfaat dua kali ganda sewaktu bersenam pada waktu pagi, maka sebaiknya lakukan pada jam-jam di mana matahari sudah mulai terbit. Misalnya pukul 7 atau 8 pagi. Jika dilakukan sebelumnya, maka manfaat vitamin D percuma ini tidak dapat dinikmati dan anda hanya mendapat manfaat jantung sihat.

Siapkan waktu untuk berjemur di bawah matahari setiap pagi. Sekiranya tidak sempat kerana perlu ke pejabat, letakkan kereta jauh sedikit lalu berjalan kaki sambil berjemur!

Friday, April 5, 2019

Selamat Datang ke Blog SIHAT SECARA FITRAH

Selamat datang ke blog kami. Mudah-mudahan segala info dan maklumat yang dikongsikan di blog ini dapat memberi manfaat kesihatan kepada kita semua...Insya Allah