Saturday, April 6, 2019

Berjemur 15 Minit Setiap Hari Untuk Kesihatan

LAPORAN dari Sekolah Perubatan Harvard menyatakan 15 minit berjemur untuk mendapatkan sinaran matahari telah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin D sehari-hari, selain daripada sumber makanan.

Selain membantu mengatur kadar kalsium dan fosforus dalam tubuh, vitamin D juga berperanan dalam melancarkan prestasi otak, jantung, perut, pankreas, kulit, sistem reproduksi dan sistem imun.



Sekiranya anda mahu mendapatkan manfaat dua kali ganda sewaktu bersenam pada waktu pagi, maka sebaiknya lakukan pada jam-jam di mana matahari sudah mulai terbit. Misalnya pukul 7 atau 8 pagi. Jika dilakukan sebelumnya, maka manfaat vitamin D percuma ini tidak dapat dinikmati dan anda hanya mendapat manfaat jantung sihat.

Siapkan waktu untuk berjemur di bawah matahari setiap pagi. Sekiranya tidak sempat kerana perlu ke pejabat, letakkan kereta jauh sedikit lalu berjalan kaki sambil berjemur!

No comments:

Post a Comment