Sunday, April 7, 2019

Cara Pemakanan Yang Sihat

MENURUT Ayurveda. Dr. C.D Siby, pakar perubatan Ayurveda dari Ayur Centre, ada pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan ketika menyediakan makanan antaranya:


1. Tidak memanaskan lebihan makanan yang sudah disejukkan. Apabila makanan dipanaskan, ia menyebabkan penghasilan bahan kimia daripada makanan dan ia semakin bertambah apabila dipanaskan beberapa kali. Sebaiknya pastikan makanan yang anda masak habis setiap hari. Mengambil makanan yang sedia dimasak menjadikan tubuh lebih sihat.

2. Elakkan membeli makanan kerana kandungan garam, minyak dan gula yang terlalu tinggi berbanding dimasak sendiri.

3. Berhenti makan sebelum kenyang. Bahagikan perut anda kepada empat bahagian. Isi dua bahagian denganmakanan pejal, satu bahagian cecair dan tinggalkan bahagian keempat. Perut hanyalah sebesar genggaman tangan anda sahaja.



4. Periksa asal-usul makanan yang anda makan. Misalnya tauhu dan pelbagai cendawan adalah makanan yang biasa di Malaysia. Namun bagi masyarakat luar mungkin ia susah dihadamkan.

5. Elakkan makan makanan berat pada waktu malam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Ini mengelakkan organ badan memproses makanan ketika anda sedang tidur.

6. Perlunya mempunyai emosi yang tenang dan gembira ketika menyediakan makanan kerana ia mempengaruhi diri anda. Selain itu jangan bercakap perkara negatif ketika makan.

7. Makan dalam keadaan bersih sebaiknya mandi terlebih dahulu. Jangan sekali-kali makan selepas melakukan senaman fizikal atau apabila anda tertekan, marah atau bosan.

8. Bersyukur dengan setiap hidangan yang diberikan. Tumpukan pada makanan di meja makan bukan di hadapan televisyen, radio atau berbual terlalu banyak.

9. Selepas makan bersihkan tangan dan mulut dengan baik serta berjalan selama lima minit.

No comments:

Post a Comment